Monday, May 4, 2009

depresi. cheeseburger. air putih.

aku agak depresi. aku sgt menanti peluang kerja yg baru. kerjaan aku sekarang sgt menggunakan kudrat. apalah sgt kudrat dr aku yg bersaiz 's' ini. aku jg takut jika kapal itu gagal sampai ke london. atas dasar aku tidak perform dalam kerja-kerja aku. menjadi 'somebody' tidaklah sehebat ekspetasiku. aku lebih suka idea menjadi seorg kerani.don't get me wrong. kerani same penting dan hebat seperti yg lain. cume tugas itu tidak memerah otakku hingga kering. aku suka dimarah jika kesalahanku nilainya cume sehelai a4 berbanding USD 20 mil. depres kan?

pagi tadi aku makan cheeseburger dan vanilla coke utk breakfast. kalut. aku selalu abaikan apa yg aku kunyah. sabtu lepas aku habiskan hampir $50 utk keju. sandwich/omlette/burger, semua perlukan keju. hari2 aku minum teh tarik, ketagih ke?. bukan sebab aku dah tua, tp serious teh tarik kat cafe mmg ummphh.. tp lepas tgk biggest loser, aku jd insaf. jd aku beli buah, mangga/berries/kiwi. tp haram aku sentuh.

aku janji, aku akan habiskan buah2 tu minggu ni. aku juga akan habiskan 2l air putih setiap hari. doakan aku. dapat kerja baru dan tak buang buah2 tu.. jg sehat2 selalu.

kau rase aku depresi ke?

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home